Sunday, October 31, 2010


Bismillahirrahmanirrahimm..setelah sekian lama juga aku meninggalkan dunia blog ini..bukannya kerana apa, dek kerana batasan waktu dan juga kesihatan yang menyebabkan aku terpaksa mendiamkan diri buat sebentar. Rasanya dulu kali terakhir aku menulis di blog ini adalah ketika hampirnya peperiksaan semester menjelma dan kali ini juga adalah sama..bezanya pada semester yang lepas aku menerima ujian yang cukup kuat daripada Allah tatkala aku sedang menghadapi peperiksaan..aku mohon padaNya kali ini aku dapat menghadapi peperiksaan dengan tenang dan dipermudahkan segala pekerjaanku..hari demi hari aku mengumpul kembali kekuatan yang pernah hilang dulu..walaupun belum sembuh sepenuhnya,namun alhamdulillah syukur aku masih diberi peluang untuk hidup dan menikmati keindahan alam dunia yang sementara ini sebelum dijemput menjadi penduduk hakiki di akhirat nanti..rasanya cukupla setakat ini dulu sebagai permulaan tinta aku menulis kembali..insyallah aku akan kembali lagi..wassalam